Bahasa melayu / Malaysian

Bantuan guaman WA (Australia Barat) membantu untuk memahami masalah undang-undang anda dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Bagaimana kami boleh membantu anda adalah bergantung kepada masalah undang-undang anda, keadaan peribadi anda, dan dengan sumber-sumber yang ada pada kami.

Apakah perkhidmatan bantuan undang-undang WA?

  • Maklumat, sumber dan penerbitan percuma yang tersedia di laman web kami.
  • Nombor telefon talian maklumat – 1300 650 579
  • Pelantikan nasihat undang-undang dan bantuan mengenai masalah termasuk:
    • Kesalahan jenayah
    • Pertikaian keluarga, sokongan kepada kanak-kanak, permohonan penjagaan dan perlindungan
    • Arahan sekatan
    • Isu-isu pengguna, hutang, masalah pekerjaan, penjagaan dan pentadbiran, tuntutan insurans, tekanan gadai janji, kerosakan harta kenderaan motor, keselamatan sosial dan pampasan untuk mangsa jenayah.
  • Perkhidmatan peguam bertugas untuk mendapatkan nasihat dan bantuan di Mahkamah Majistret, Mahkamah Anak dan Mahkamah Keluarga. Peguam kami yang bertugas tidak boleh mewakili anda di perbicaraan.
  • Perwakilan yang berterusan dari seorang peguam di bawah kebenaran bantuan.
  • Sumber pendidikan undang-undang untuk kumpulan komuniti dan orang awam.

logo for interpreters

Bagaimana jika saya memerlukan Penterjemah?

Kami melakukan yang terbaik untuk membantu orang yang mempunyai masalah bercakap atau memahami Bahasa Inggeris. Sekiranya anda lebih suka bercakap dalam bahasa yang lain, kami boleh menguruskan jurubahasa untuk membantu. 

Apabila anda menghubungi talian maklumat atau datang ke salah satu pejabat kami, beritahu kami bahasa percakapan anda. Kami akan memanggil seorang juru bahasa dan anda boleh meluangkan masa bercakap dengan kami mengenai masalah undang-undang anda menggunakan penterjemah. 

Jika anda ingin menggunakan penterjemah dalam temu janji, sila beritahu kami semasa anda membuat janji temu tersebut.

Jika anda pergi ke mahkamah, anda boleh menghubungi mahkamah dan meminta mereka untuk mengarahkan seorang jurubahasa untuk anda. Jika anda berada di mahkamah dan tidak ada jurubahasa di sana, tanyakan perkhidmatan peguam kami jika mereka boleh membantu anda di mahkamah untuk menjalankan urusan anda pada hari yang lain dan meminta jurubahasa berada di sana masa yang lain.

Hubungi Kami

Talian maklumat sentiasa di buka pada hari kerja iaitu daripada 9.00 pagi hingga 4.00 petang (WST) – nombor telefon 1300 650 579.

Pejabat utama kami adalah di 32 St Georges Terrace, Perth.  Kami juga mempunyai pejabat di pusat-pusat serantau utama.

 

Need help?

The Infoline can give information about the law and our services to help with your legal problem.

Disclaimer

The information displayed on this page is provided for information purposes only and does not constitute legal advice. If you have a legal problem, you should see a lawyer. Legal Aid Western Australia aims to provide information that is accurate, however does not accept responsibility for any errors or omissions in the information provided on this page or incorporated into it by reference.